Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian XI · Dalam Pemeliharaan Orang yang Layak dan Sesuai
106. Kanak-kanak yang lepas lari atau dipindahkan daripada pemeliharaan orang yang layak dan sesuai
Feedback & supportSeseorang kanak-kanak yang lepas lari atau dipindahkan daripada pemeliharaan orang yang layak dan sesuai tanpa kebenaran yang sah boleh—
ditangkap tanpa waran oleh Pelindung, pegawai akhlak atau pegawai polis; dan
dibawa ke hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang membuat perintah itu atau ke hadapan Mahkamah
Pengawas.
Undang-Undang Malaysia 140
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atau Mahkamah Pengawas yang ke hadapannya seseorang kanak-kanak dibawa di bawah subseksyen (1) hendaklah dengan serta-merta menyiasat kes itu dan selepas mengambil kira syor Pelindung atau pegawai akhlak, mengikut mana-mana yang berkenaan—
memerintahkan supaya kanak-kanak itu dibawa balik kepada orang itu, jika dia sanggup menerima kanak-kanak itu; atau
membuat suatu perintah yang boleh dibuat oleh Mahkamah itu sekiranya kanak-kanak itu telah dibawa ke hadapan
Mahkamah itu sebagai seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu atau bapa atau penjaga.