Skip to content

Seksyen 109

of Akta Kanak-Kanak 2001

ActIn forceProvision 128 of 154

Seksyen 109

(1)

Seseorang Pelindung atau pegawai polis boleh menyiasat pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

(2)

Seseorang Pelindung apabila bertindak di bawah Bahagian ini hendaklah, apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya kepada orang yang terhadapnya dia bertindak atau yang daripadanya dia menghendaki apa-apa maklumat.

(3)

Tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh seseorang Pelindung atau pegawai polis supaya memberikan maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang berhubungan dengan pelakuan apa-apa kesalahan yang orang itu berkuasa memberikannya hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk memberikan maklumat atau mengemukakan dokumen atau benda lain itu.