Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2023Read it in English

Bahagian VIII · Pemerdagangan dan Pemelarian Kanak-Kanak

48. Pemindahan milikan, jagaan atau kawalan kanak-kanak dengan menyalahi undang-undang

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam apa-apa transaksi yang tujuannya atau salah satu daripada tujuannya ialah untuk memindahkan atau memberikan, keseluruhannya atau

Kanak-Kanak 83

sebahagiannya, buat sementara atau tetap, milikan, jagaan atau kawalan seorang kanak-kanak bagi apa-apa balasan berharga melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya.

(2)

Mana-mana orang yang tanpa kebenaran atau alasan yang sah menyorokkan atau ada dalam milikan, jagaan atau kawalannya seseorang kanak-kanak yang mengenainya milikan, jagaan atau kawalan sementara atau tetap telah dipindahkan atau diberikan bagi balasan berharga oleh mana-mana orang lain di dalam atau luar

Malaysia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya.

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), jika mana-mana orang menyorokkan atau ada dalam milikan, jagaan atau kawalannya seseorang kanak-kanak tanpa kebenaran atau alasan yang sah, maka kanak-kanak itu hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, dianggapkan seorang kanak-kanak yang berkenaan dengannya milikan, jagaan atau kawalan sementara atau tetap telah dipindahkan atau diberikan bagi balasan berharga.

(4)

Maka hendaklah menjadi suatu pembelaan dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini jika dibuktikan bahawa—

(a)

pemindahan berlaku dengan tujuan atau menurut suatu perkahwinan atau pengangkatan bona fide; dan

(b)

sekurang-kurangnya seorang daripada ibu atau bapa sebenar kanak-kanak itu atau penjaga kanak-kanak itu ialah suatu pihak yang mengizinkan perkahwinan itu atau yang mengizinkan pengangkatan itu oleh pihak pengangkat itu, dan telah dengan nyata mengizinkan perkahwinan atau pengangkatan yang berkenaan itu.

Report

Bahagian IX

Institusi

Bab

Sekolah Henry Gurney

Bab 6

Bab 7

Bahagian X

Tatacara Jenayah di Mahkamah bagi Kanak-Kanak

Bahagian XI

Dalam Pemeliharaan Orang yang Layak dan Sesuai

Bahagian XII

Perintah Sumbangan

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Bahagian XV

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules