Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2023Read it in English

Bahagian XI · Dalam Pemeliharaan Orang yang Layak dan Sesuai

105. Kanak-kanak yang diletakkan dalam pemeliharaan orang yang layak dan sesuai

Feedback & support
(1)

Seksyen ini hendaklah terpakai berhubung dengan sesuatu perintah yang dibuat di bawah Akta ini yang meletakkan seseorang kanak-kanak dalam pemeliharaan seseorang yang layak dan sesuai.

(2)

Sesuatu perintah yang meletakkan seseorang kanak-kanak dalam pemeliharaan seseorang yang layak dan sesuai boleh diubah atau dibatalkan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atau

Mahkamah Pengawas apabila permohonan dibuat oleh—

(a)

ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu;

Kanak-Kanak 139

(b)

Pelindung; atau

(c)

pegawai akhlak, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Jika—

(a)

permohonan dibuat oleh ibu atau bapa atau penjaga atau mana-mana saudara terdekat seseorang kanak-kanak yang diperintahkan supaya diletakkan dalam pemeliharaan seseorang yang layak dan sesuai di bawah subseksyen (1);

dan

(b)

Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atau Mahkamah Pengawas yang mempunyai kuasa untuk mengubah atau membatalkan perintah itu berpuas hati bahawa kanak-kanak itu tidak diasuh mengikut agamanya sebagaimana yang diputuskan oleh ibu atau bapa atau penjaganya,

Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atau Mahkamah Pengawas itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, melainkan jika suatu aku janji yang memuaskan hati diberikan oleh orang yang dalam pemeliharaannya kanak-kanak itu telah diletakkan, sama ada membatalkan perintah itu atau mengubah perintah itu mengikut apa-apa cara yang difikirkan oleh Mahkamah itu paling baik untuk menentukan bahawa kanak-kanak itu dari masa itu diasuh mengikut agama itu.

Report

Bahagian XII

Perintah Sumbangan

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Bahagian XV

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules