Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian VI · Kanak-Kanak yang Memerlukan Pelindungan dan Pemulihan
38. Pengertian kanak-kanak yang memerlukan pelindungan dan pemulihan
Feedback & supportSeseorang kanak-kanak memerlukan pelindungan dan pemulihan jika kanak-kanak itu—
sedang didorong untuk melakukan apa-apa perbuatan seksual, atau berada dalam apa-apa suasana fizikal atau sosial yang boleh membawa kepada pelakuan perbuatan itu;
tinggal di atau kerap kali mengunjungi mana-mana rumah pelacuran atau tempat berkira;
Kanak-Kanak 67
pada lazimnya ada bersama-sama dengan atau berada di bawah kawalan penyelenggara-penyelenggara rumah pelacuran atau muncikari-muncikari atau orang yang bekerja atau yang mempunyai kepentingan secara langsung dalam urusan yang dijalankan di rumah-rumah pelacuran atau berkaitan dengan pelacuran;
telah dibawa masuk ke atau akan dihantar keluar dari
Malaysia dan penjagaan kanak-kanak itu telah diperoleh sama ada—
selepas dibeli; atau
dengan fraud, pernyataan palsu atau dakwaan palsu, sama ada atau tidak bagi maksud pelacuran atau bagi melakukan persetubuhan dengan seseorang lain atau bagi maksud lucah;
telah diperoleh sama ada di dalam atau luar Malaysia bagi maksud digunakan, dilatih atau diberikan sebagai seorang pelacur; atau
sedang ditahan bertentangan dengan kemahuannya—
bagi maksud pelacuran atau bagi melakukan persetubuhan dengan seseorang lain atau bagi maksud lucah; atau
bagi maksud dihantar keluar dari Malaysia bagi pelacuran atau bagi melakukan persetubuhan dengan seseorang lain atau bagi maksud lucah.
Memindahkan kanak-kanak ke tempat perlindungan