Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bab · Pemberitahuan Apabila Mengambil Kanak-Kanak ke dalam Pemeliharaan, Jagaan atau Kawalan
34. Pemakaian dan tafsiran
Feedback & supportBab ini tidak terpakai bagi pengambilan seseorang kanak-kanak—
ke dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalan mana-mana orang—
menurut suatu perintah Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa; atau
oleh mana-mana Pelindung, Pembantu Pelindung atau pegawai polis yang bertindak di bawah Akta ini;
Kanak-Kanak 61
sebagai penghuni suatu tempat selamat atau rumah anak yatim, hospital, institusi atau pusat—
yang disenggarakan oleh Kerajaan Persekutuan atau oleh mana-mana Kerajaan Negeri; atau
yang diluluskan oleh Menteri;
untuk tinggal di sesuatu institusi pendidikan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pendidikan; dan
yang lazim menghadiri sesuatu institusi pendidikan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pendidikan ke dalam jagaan kawan atau saudara ibu atau bapa atau penjaganya dengan keizinan ibu atau bapa atau penjaganya.
Dalam Bab ini, “penjaga” seseorang kanak-kanak ertinya seseorang—
yang dilantik dengan sah melalui surat ikatan atau wasiat atau dengan perintah Mahkamah yang berwibawa untuk penjaga kanak-kanak itu; atau
yang telah mengangkat kanak-kanak itu dengan sah.