Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian X · Tatacara Jenayah di Mahkamah bagi Kanak-Kanak
83. Section 83
Feedback & supportWalau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan penangkapan, penahanan dan perbicaraan orang yang melakukan apa-apa kesalahan tetapi tertakluk pada subseksyen (3) dan (4), seseorang kanak-kanak yang dikatakan telah melakukan suatu kesalahan tidak boleh ditangkap, ditahan atau dibicarakan kecuali mengikut Akta ini.
Apabila seseorang kanak-kanak dipertuduh atas suatu kesalahan di hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dan semasa kes sedang berjalan dia mencapai umur lapan belas tahun Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak itu hendaklah, walau apa pun mana-mana peruntukan
Akta ini, terus mendengar pertuduhan terhadap kanak-kanak itu dan boleh—
menjalankan kuasa di bawah seksyen 76;
menjalankan kuasa di bawah perenggan 91(1)(a), (b), (c),
jika kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan, mengenakan apa-apa tempoh pemenjaraan yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen.
atau (da); atau
Apabila suatu kesalahan dilakukan oleh seseorang kanak-kanak tetapi pertuduhan berkenaan dengan kesalahan itu dibuat terhadap kanak-kanak itu selepas dia mencapai umur lapan belas tahun, pertuduhan itu hendaklah didengar oleh suatu
Mahkamah selain Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dan Mahkamah yang lain itu boleh menjalankan kuasa yang disebut dalam perenggan (2)(a), (b) atau (c).
Kanak-Kanak 107
Sesuatu pertuduhan yang dibuat bersesama terhadap seseorang kanak-kanak dan seseorang yang sudah mencapai umur lapan belas tahun hendaklah didengar oleh suatu Mahkamah selain Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak dan Mahkamah yang lain itu hendaklah—
menjalankan berkenaan dengan kanak-kanak itu segala kuasa yang boleh dijalankan di bawah Akta ini oleh
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak; dan
sebelum menjalankan kuasa yang disebut dalam perenggan (a), menimbangkan laporan akhlak.
Tangkapan