Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian VII · Tidak Terkawal
47. Pengawasan oleh pegawai akhlak
Feedback & supportJika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak membuat suatu perintah di bawah perenggan 46(5)(d) atau subseksyen 46(6)
yang meletakkan seseorang kanak-kanak di bawah pengawasan seorang pegawai akhlak atau seseorang lain, pegawai atau orang lain itu—
hendaklah, selagi perintah itu masih berkuat kuasa, melawat, menasihati dan bertindak sebagai kawan kepada kanak-kanak itu; dan;
boleh, jika pada hematnya perlu berbuat demikian, pada bila-bila masa selagi perintah itu masih berkuat kuasa, membawa kanak-kanak itu ke hadapan Mahkamah
Pengawas.
Mahkamah Pengawas yang ke hadapannya seseorang kanak-kanak dibawa di bawah perenggan (1)(b) boleh meminda perintah yang dibuat di bawah seksyen 46—
jika Mahkamah Pengawas itu berpuas hati bahawa adalah demi kepentingan kanak-kanak itu untuk berbuat demikian;
dan
apabila dibuktikan bahawa hal keadaan yang dalamnya perintah itu dibuat telah berubah selepas pembuatan perintah itu, dan suatu salinan perintah pindaan itu hendaklah diberikan kepada
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang di dalamnya perintah itu dibuat di bawah seksyen 46.