Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bab · Sekolah Henry Gurney
75. Bila kanak-kanak boleh dihantar ke Sekolah Henry Gurney
Feedback & supportJika—
seseorang kanak-kanak didapati bersalah atas apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan;
laporan akhlak yang dikemukakan kepada Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak itu tidak sesuai untuk dipulihkan di sekolah diluluskan; dan
Kanak-Kanak 101
pada hemat Mahkamah Bagi Kanak-Kanak—
kesalahan yang dilakukan ialah daripada jenis yang serius; dan
oleh sebab jenis tabiat dan kecenderungan jenayah kanak-kanak itu adalah suai manfaat kanak-kanak itu ditahan selama apa-apa tempoh dan diletakkan di bawah apa-apa ajaran dan tatatertib yang didapati paling berfaedah untuk memulihkan akhlaknya dan untuk membanteras jenayah,
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah selepas menimbangkan laporan akhlak itu, menghantar kanak-kanak itu ke Sekolah Henry
Gurney.
Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak memerintahkan supaya seseorang kanak-kanak yang berumur empat belas tahun ke atas dihantar ke Sekolah Henry Gurney—
perintah itu—
ialah kuasa untuk menahannya selama tempoh tiga tahun dari tarikh perintah itu; dan
sah untuk menahannya sehingga dia mencapai umur dua puluh satu tahun tetapi tidak selepas itu; dan
seksyen 68 hingga 72 hendaklah terpakai dengan ubah suaian yang berikut:
perkataan “sekolah diluluskan” di mana-mana jua terdapat hendaklah digantikan dengan perkataan
“Sekolah Henry Gurney”;
dalam seksyen 69, perkataan “jika diizinkan oleh
Lembaga Pelawat sekolah diluluskan itu” hendaklah digantikan dengan perkataan “jika diizinkan oleh
Komisioner Jeneral Penjara dalam hal sesuatu
Sekolah Henry Gurney” dan umur yang disebut dalam seksyen itu hendaklah ditambah sebanyak tiga tahun; dan
Undang-Undang Malaysia 102
dalam subseksyen 71(1), perkataan “pegawai akhlak”
hendaklah digantikan dengan perkataan “pegawai penjara”.
Walau apa pun subseksyen (2), Komisioner Jeneral Penjara boleh, menurut budi bicaranya—
memendekkan tempoh tahanan seseorang kanak-kanak di Sekolah Henry Gurney atas sebab-sebab yang pada hematnya mencukupi; atau
melepaskan mana-mana kanak-kanak itu dengan, kebenaran selama apa-apa tempoh dan atas apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan.