Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian II · Majlis Kebangsaan bagi Kanak-Kanak
7a. Section 7a
Feedback & supportMajlis hendaklah menubuhkan di seluruh Malaysia kumpulan-kumpulan orang, setiap kumpulan dikenali sebagai
“Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak”, bagi maksud menyelaraskan perkhidmatan-perkhidmatan setempat kepada keluarga-keluarga dan kanak-kanak jika kanak-kanak—
memerlukan atau disyaki memerlukan pelindungan dan pemulihan; atau
didapati bersalah atas apa-apa kesalahan.
Sesuatu Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
tidak lebih daripada tujuh orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai
Kanak-Kanak 31
dalam perkara yang berhubungan dengan pelindungan dan pemulihan kanak-kanak, yang dilantik oleh Menteri;
seorang Pegawai Pendidikan; dan
seorang pegawai kanan polis.
Menteri boleh melantik mana-mana anggota yang disebut dalam perenggan (2)(a) untuk menjadi pengerusi sesuatu Pasukan
Kebajikan Kanak-Kanak.
Sesuatu Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak hendaklah diselia oleh seorang pegawai akhlak atau Pelindung dan hendaklah mempunyai kuasa untuk membawa turut serta dari semasa ke semasa mana-mana orang lain yang semunasabahnya diperlukan olehnya untuk membantunya melaksanakan fungsi dan kewajipannya atau sebagaimana yang diperlukan oleh hal keadaan setiap kes, termasuklah mana-mana orang yang layak untuk memberikan nasihat tentang faktor-faktor peribumi, etnik, kebudayaan atau agama yang berkaitan.