Skip to content
In forceUpdated to 2 Feb 2024Read it in English

Bahagian X · Perbicaraan dan Prosiding

42. Notis terlebih dahulu tentang keterangan pakar dalam mahkamah

Feedback & support

Dalam apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah

Akta ini, tiada keterangan pakar boleh diterima sebagai keterangan melainkan jika, dalam tempoh yang berakhir sepuluh hari genap sebelum perbicaraan, orang yang dituduh dengan kesalahan itu telah menyampaikan kepada pendakwaan suatu notis bertulis bahawa dia bermaksud untuk mengemukakan keterangan pakar, dan hendaklah menzahirkan dalam notis itu nama pakar dan sifat keterangan pakar itu, dan hendaklah juga memberikan sesalinan apa-apa dokumen yang hendak dikemukakan oleh pakar itu dalam perbicaraan itu.

Report