Skip to content
In forceUpdated to 2 Feb 2024Read it in English

Bahagian X · Perbicaraan dan Prosiding

45. Keterangan ejen provokasi boleh diterima

Feedback & support
(1)

Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, tiada ejen provokasi boleh dianggap tidak boleh dipercayai hanya oleh sebab dia telah cuba bersubahat atau telah bersubahat dalam melakukan suatu kesalahan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini jika cubaan bersubahat atau persubahatan itu semata-mata bagi maksud mendapatkan keterangan terhadap orang itu.

(2)

Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang bertulis lain yang berlawanan, dan ejen provokasi itu ialah seorang pegawai diberi kuasa, apa-apa pernyataan, sama ada lisan atau bertulis, yang dibuat kepada ejen provokasi oleh mana-mana orang yang kemudiannya dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya.

Report