Skip to content

Seksyen 44

Perlindungan kepada pemberi maklumat

of Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024

ActIn forceProvision 44 of 54
Seksyen 44
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3), tiada saksi dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah berkewajipan atau dibenarkan untuk menzahirkan nama, alamat atau apa-apa maklumat mengenai pemberi maklumat, atau bahan maklumat yang diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin membawa kepada pemberi maklumat itu diketahui.

(2)

Jika mana-mana buku, rekod, akaun, dokumen atau data berkomputer dikemukakan sebagai keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada dirinya diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan supaya semua petikan itu disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.

Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 41

(3)

Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah

Akta ini, mahkamah, selepas pemeriksaan penuh tentang kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang diketahuinya sebagai palsu atau tidak dipercayainya sebagai benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak boleh dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa pemberi maklumat itu diketahui, adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki pengemukaan aduan asal, jika secara bertulis, dan membenarkan pemeriksaan dan menghendaki penzahiran penuh, berkenaan dengan pemberi maklumat itu.