Seksyen 47
Kuasa untuk memerintahkan kehadiran ke mahkamah
of Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024
Jika Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang telah melakukan suatu kesalahan di bawah
Akta ini, dia boleh, sebagai ganti membuat permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan suatu saman, dengan serta-merta menyampaikan kepada orang itu suatu notis yang memerintahkan orang itu supaya hadir di hadapan mahkamah Majistret yang paling hampir yang mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan itu, pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.
(2)
Jika mana-mana orang yang disampaikan suatu notis sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (1) tidak hadir secara sendiri atau melalui peguam, mahkamah boleh, jika berpuas hati bahawa notis telah disampaikan, mengeluarkan suatu waran bagi menangkap orang itu melainkan jika didapati adalah tidak semunasabahnya mungkin bagi orang itu untuk hadir sedemikian.
(3)
Notis di bawah subseksyen (1) hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.