Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian IV · Tatacara Mengenai Perintah Perlindungan Interim dan Perintah Perlindungan
Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian IV · Tatacara Mengenai Perintah Perlindungan Interim dan Perintah Perlindungan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suatu perintah perlindungan boleh diminta—
dalam masa tujuh hari selepas mangsa dimaklumkan secara bertulis oleh pegawai polis di bawah perenggan 4(4)(b)
bahawa prosiding jenayah yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga akan dimulakan terhadap orang yang terhadapnya perintah itu dibuat; atau
pada mana-mana peringkat prosiding jenayah di bawah
Kanun Keseksaan atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang tertuduh itu dipertuduh atas suatu kesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga sama ada atau tidak suatu perintah perlindungan interim atau perintah perlindungan kecemasan telah diminta dan dikeluarkan terhadap tertuduh.
Keganasan Rumah Tangga 25
Suatu perintah perlindungan di bawah subseksyen (1)
boleh diminta khususnya—
sebagai suatu syarat untuk melepaskan tertuduh dengan jaminan; atau
apabila kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1)
dikompaun di bawah seksyen 260 Kanun Tatacara Jenayah
[Akta 593].
Permohonan bagi perintah perlindungan 13a.
Suatu perintah perlindungan yang diminta di bawah seksyen 13 hendaklah dibuat oleh—
mangsa itu;
peguam mangsa itu;
seorang pegawai kebajikan masyarakat bagi pihak mangsa itu; atau
seorang pegawai polis bagi pihak mangsa itu.
Bahagian V