Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2023Read it in English

Bahagian IV · Tatacara Mengenai Perintah Perlindungan Interim dan Perintah Perlindungan

17. Bukti penyampaian perintah perlindungan

(1)

Dalam masa dua puluh empat jam dari pengeluaran sesuatu perintah perlindungan atau perintah perlindungan interim, mengikut mana-mana yang berkenaan, mahkamah yang mengeluarkan perintah itu hendaklah mengemukakan suatu salinan perintah itu kepada pegawai yang bertanggungjawab bagi daerah polis di mana pesalah itu tinggal atau mana-mana pegawai polis lain di bawah perintahnya.

Keganasan Rumah Tangga 27

(2)

Pegawai yang bertanggungjawab bagi daerah polis atau mana-mana pegawai polis lain di bawah perintahnya yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah memfailkan bukti penyampaian perintah itu dengan mahkamah itu, dan memaklumkan penyampaian yang telah dilaksanakan itu kepada mangsa, dalam masa tujuh hari selepas penyampaiannya.

Penyampaian ganti 17a.  (1)  Jika pegawai yang bertanggungjawab bagi daerah polis atau mana-mana pegawai polis lain di bawah perintahnya yang disebut dalam seksyen 17 tidak dapat menyampaikan salinan perintah perlindungan atau perintah perlindungan interim itu kepada pesalah itu sendiri selepas tiga kali cubaan, pegawai yang berkenaan hendaklah dengan serta-merta membuat permohonan secara bertulis kepada mahkamah bagi suatu perintah penyampaian ganti perintah itu.

(2)

Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima, mahkamah hendaklah membuat suatu perintah bagi penyampaian ganti perintah perlindungan atau perintah perlindungan interim itu—

(a)

dengan meninggalkan suatu salinan perintah itu di alamat pesalah itu yang terakhir diketahui;

(b)

dengan menampalkan suatu salinan perintah itu di papan notis mahkamah; atau

(c)

dengan apa-apa cara lain yang diarahkan oleh mahkamah.

(3)

Penyampaian ganti salinan perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) hendaklah dilaksanakan oleh mahkamah dan hendaklah disifatkan sebagai penyampaian perintah itu yang baik dan mencukupi kepada pesalah itu.

(4)

Penyampaian ganti yang dilaksanakan di bawah subseksyen (3)

hendaklah dimaklumkan kepada mangsa oleh mahkamah secepat yang dapat dilaksanakan.

Undang-Undang Malaysia 28

Report

Bahagian V

Pelbagai