Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2023Read it in English

Bahagian IV · Tatacara Mengenai Perintah Perlindungan Interim dan Perintah Perlindungan

15. Permohonan bagi pihak kanak-kanak atau orang dewasa tidak berkeupayaan

Dalam hal seseorang kanak-kanak atau orang dewasa tidak berkeupayaan yang tidak berupaya memfailkan suatu permohonan di bawah seksyen 14, permohonan itu boleh difailkan oleh penjaga atau saudara atau orang yang bertanggungjawab bagi menjaga kanak-kanak atau orang dewasa tidak berkeupayaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau oleh seorang pegawai penguat kuasa.

Report