Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2015Read it in English
Contents

Bahagian XIX · Peruntukan Kecualian dan Peralihan

120. Peruntukan kecualian dan peralihan berhubungan dengan hospital persendirian berlesen, rumah bersalin persendirian dan rumah rawatan persendirian yang sedia ada

(1)

Semua hospital persendirian, rumah bersalin persendirian dan rumah jagaan kejururawatan persendirian yang dilesenkan atau disifatkan telah dilesenkan di bawah Akta Hospital Persendirian 1971

hendaklah, pada tarikh mula Akta ini mula berkuat kuasa, disifatkan telah mempunyai lesen di bawah Akta ini.

(2)

Peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi hospital persendirian, rumah bersalin persendirian dan rumah rawatan persendirian itu seolah-olah hospital persendirian, rumah bersalin persendirian dan rumah rawatan persendirian itu telah dilesenkan di bawah Akta ini.

(3)

Ketua Pengarah boleh mengubah atau membatalkan apa-apa syarat yang dikenakan ke atas mana-mana hospital, rumah bersalin dan rumah rawatan persendirian.

Report