Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian XIV · Lembaga Pengurusan dan Jawatankuasa Penasihat
Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian XIV · Lembaga Pengurusan dan Jawatankuasa Penasihat
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pemegang lesen sesuatu hospital swasta, rumah bersalin swasta, pusat jagaan ambulatori swasta, hospis swasta, hospital psikiatri swasta atau mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta lain sebagaimana yang dinyatakan oleh
Menteri hendaklah menubuhkan suatu Lembaga Pengurusan yang dua daripada anggotanya hendaklah dari Jawatankuasa Penasihat
Perubatan yang ditubuhkan di bawah perenggan 78(b) atau 79(b).
Jika sesuatu hospital swasta, rumah bersalin swasta, pusat jagaan ambulatori swasta, hospis swasta, hospital psikiatri swasta atau mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri menyediakan atau bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan perubatan dan pergigian kedua-duanya, pemegang lesen kemudahan atau perkhidmatan itu hendaklah menubuhkan suatu Lembaga Pengurusan yang dua daripada anggotanya hendaklah daripada Jawatankuasa
Penasihat Perubatan dan Pergigian yang ditubuhkan di bawah perenggan 78(c).
Bahagian XV
Bahagian XVI
Bahagian XVII
Bahagian XVIII
Bahagian XIX