Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2015Read it in English
Contents

Bahagian VII · Peruntukan Am Berhubungan Dengan Kelulusan, Lesen dan Pendaftaran

39. Section 39

(1)

Premis yang berhubungan dengan suatu lesen untuk mengendalikan atau menyediakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau suatu perakuan pendaftaran tidak boleh digunakan bagi apa-apa maksud selain maksud yang berkenaan dengannya lesen atau perakuan pendaftaran itu dikeluarkan, dan maksud-maksud yang semunasabahnya bersampingan dengannya.

(2)

Jika kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar itu digunakan mengikut apa-apa cara yang berlawanan dengan subseksyen (1)—

(a)

jika pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran itu ialah tuan punya tunggal, dia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh—

(i)

didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan

(ii)

dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan;

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 586

(b)

jika pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh—

(i)

didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit; dan

(ii)

dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; dan

(c)

jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

(i)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu;

(ii)

dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu;

(iii)

dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya, juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh—

(A)

didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan

(B)

dalam hal kesalahan yang berterusan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 43

Report

Bahagian VIII

Bahagian IX

Penutupan Kemudahan atau Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta

Bahagian X

Bank Darah

Bahagian XI

Perkhidmatan Transfusi Darah

Bahagian XII

Penilaian Kematian

Bahagian XIII

Kualiti Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan

Bahagian XIV

Lembaga Pengurusan dan Jawatankuasa Penasihat

Bahagian XV

Organisasi Jagaan yang Diuruskan

Bahagian XVI

Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Kuasa Menteri

Bahagian XVIII

Pelbagai

Bahagian XIX

Peruntukan Kecualian dan Peralihan