Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian XV · Organisasi Jagaan yang Diuruskan
Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian XV · Organisasi Jagaan yang Diuruskan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bagi maksud Bahagian ini, “organisasi jagaan yang diuruskan” ertinya mana-mana organisasi atau badan, yang dengannya suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta membuat kontrak atau mempunyai perkiraan atau bertujuan untuk membuat kontrak atau mempunyai perkiraan untuk menyediakan jenis atau kualiti atau kuantiti tertentu jagaan kesihatan dalam suatu sistem kewangan tertentu melalui salah satu atau gabungan cara yang berikut:
menyampaikan atau memberikan jagaan kesihatan kepada pengguna melalui pemberi jagaan kesihatan organisasi atau badan itu sendiri atau pemberi jagaan kesihatan pihak ketiga mengikut kontrak atau perkiraan antara semua pihak yang berkenaan;
memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan kepada pekerja atau orang berdaftar bagi pihak pembayar termasuk orang perseorangan, majikan atau pembiaya mengikut perjanjian kontraktual antara semua pihak yang berkenaan.
Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta mengisytiharkan apa-apa jenis penyampaian perkiraan jagaan kesihatan selain yang dinyatakan dalam subseksyen (1)
menjadi organisasi jagaan yang diuruskan.
Bahagian XVI
Bahagian XVII
Bahagian XVIII
Bahagian XIX