Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian XVII · Kuasa Menteri
101. Rayuan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana orang boleh merayu secara bertulis kepada
Menteri jika dia terkilan—
dengan keengganan Ketua Pengarah untuk memberinya kelulusan di bawah perenggan 12(b), untuk memberinya lesen di bawah perenggan 19(b) untuk membaharui lesennya di bawah subseksyen 22(1) atau untuk memberinya perakuan pendaftaran di bawah seksyen 27;
dengan apa-apa terma atau syarat yang dikenakan atas sesuatu kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan di bawah perenggan 12(a) lesen untuk mengendalikan atau menyediakan di bawah perenggan 19(a), lesen untuk mengendalikan atau menyediakan setelah lesen itu diperbaharui di bawah subseksyen 22(3) atau pendaftaran di bawah seksyen 27;
dengan pemberian atau keengganan untuk memberikan pelanjutan masa di bawah subseksyen 14(2);
dengan pengubahan atau keengganan untuk mengubah terma atau syarat atau maksud di bawah seksyen 24 atau 29;
dengan kelulusan atau keengganan untuk meluluskan apa-apa pelanjutan atau pengubahan di bawah subseksyen 40(1) atau pemindahan, penyerahhakan atau pelupusan di bawah subseksyen 41(3);
dengan suatu perintah penutupan sementara di bawah seksyen 52; atau
dengan suatu notis pembatalan di bawah subseksyen 57(2).
90 Undang-Undang Malaysia AKTA 586
Menteri boleh mengesahkan, mengubah atau membatalkan keputusan yang terhadapnya rayuan dibuat dan, dalam mengesahkan, mengubah atau membatalkan keputusan itu, boleh mengenakan apa-apa terma atau syarat yang difikirkannya adil atau perlu.
Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad dan konklusif.
Bahagian XVIII
Pelbagai
Bahagian XIX