Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian IX · Penutupan Kemudahan atau Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
52. Perintah bagi penutupan sementara kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Ketua Pengarah boleh, jika dia mendapati bahawa pengendalian berterusan mana-mana kemudahan atau perkhidmatan
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 51
jagaan kesihatan swasta akan mendatangkan bahaya yang serius kepada orang awam, melalui notis bertulis mengarahkan supaya kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu ditutup selama suatu tempoh dan mengikut terma, syarat atau arahan yang difikirkannya patut atau sehingga notis selanjutnya, dan boleh mengambil apa-apa langkah lain yang perlu untuk melindungi orang awam daripada bahaya yang serius itu.
Apa-apa perintah di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada pemegang lesen kemudahan atau perkhidmatan itu atau pemegang perakuan pendaftaran berkenaan dengan kemudahan atau perkhidmatan itu atau orang yang bertanggungjawab bagi kemudahan atau perkhidmatan itu dan hendaklah berkuat kuasa dari tarikh penyampaian perintah itu.
Tuan punya tunggal yang tidak mematuhi perintah yang disampaikan kepadanya di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda sebanyak satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Sesuatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan yang tidak mematuhi perintah yang disampaikan kepadanya di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit; dan
dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda sebanyak lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 586
Jika kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu;
dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu;
dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya, juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan, boleh—
didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda sebanyak satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Bahagian X
Bank Darah
Bahagian XI
Perkhidmatan Transfusi Darah
Bahagian XII
Penilaian Kematian
Bahagian XIII
Kualiti Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
Bahagian XIV
Lembaga Pengurusan dan Jawatankuasa Penasihat
Bahagian XV
Organisasi Jagaan yang Diuruskan
Bahagian XVI
Penguatkuasaan
Bahagian XVII
Kuasa Menteri
Bahagian XVIII
Pelbagai
Bahagian XIX