Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2015Read it in English
Contents

Bahagian VI · Tanggungjawab Pemegang Lesen, Pemegang Perakuan Pendaftaran dan Orang yang Bertanggungjawab

31. Tanggungjawab

(1)

Pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran berkenaan dengan sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar hendaklah—

(a)

memastikan bahawa kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar itu disenggarakan atau dikendalikan oleh seorang orang yang bertanggungjawab;

(b)

memeriksa kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar itu mengikut cara dan sekerap yang ditetapkan;

(c)

memastikan bahawa orang yang diambil kerja atau diguna khidmat oleh kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar itu didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang yang mengawal selia pendaftaran mereka, atau jika tidak ada undang-undang sedemikian, memegang apa-apa kelayakan dan pengalaman sebagaimana yang diiktiraf oleh Ketua

Pengarah; dan

(d)

mematuhi apa-apa kewajipan dan tanggungjawab lain sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Walau apa pun perenggan (1)(a), orang yang berlainan boleh dilantik untuk mengurus dan memikul kewajipan dan tanggungjawab yang berhubungan dengan perkara bukan klinikal termasuklah kewangan, pentadbiran dan pengurusan sumber bukan klinikal.

(3)

Jika pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yang ialah tuan punya tunggal melanggar subseksyen (1), dia

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 586

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(4)

Jika pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yang ialah suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan melanggar subseksyen (1), ia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit.

(5)

Jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

(a)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu;

(b)

dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu;

(c)

dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya, juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VII

Peruntukan Am Berhubungan Dengan Kelulusan, Lesen dan Pendaftaran

Bahagian VIII

Bahagian IX

Penutupan Kemudahan atau Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta

Bahagian X

Bank Darah

Bahagian XI

Perkhidmatan Transfusi Darah

Bahagian XII

Penilaian Kematian

Bahagian XIII

Kualiti Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan

Bahagian XIV

Lembaga Pengurusan dan Jawatankuasa Penasihat

Bahagian XV

Organisasi Jagaan yang Diuruskan

Bahagian XVI

Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Kuasa Menteri

Bahagian XVIII

Pelbagai

Bahagian XIX

Peruntukan Kecualian dan Peralihan