Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2015Read it in English
Contents

Bahagian IV · Lesen untuk Mengendalikan atau Menyediakan

16. Pemeriksaan premis

(1)

Apabila menerima permohonan bagi lesen untuk mengendalikan atau menyediakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta, Ketua Pengarah hendaklah melantik secara bertulis dua orang atau lebih, yang salah seorang daripadanya hendaklah pengamal perubatan berdaftar—

(a)

untuk memeriksa premis kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu bagi memastikan bahawa premis itu mematuhi pelan susun atur bangunan, reka bentuk, pembinaan dan spesifikasi yang berhubungan dengan kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan itu;

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 586

(b)

untuk memeriksa apa-apa kelengkapan, perkakas, alat, material, barang sampel atau bahan atau apa-apa benda lain yang ditemui dalam premis itu atau apa-apa perkara yang berkaitan dengannya; dan

(c)

untuk memeriksa premis kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu bagi memastikan bahawa premis itu mematuhi piawaian atau kehendak, termasuk pemeriksaan buku, rekod, polisi, tatacara pengendalian standard, garis panduan amalan klinikal atau pengurusan atau perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

(2)

Orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mengemukakan laporan mengenai pemeriksaan itu kepada Ketua

Pengarah dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan.

Report

Bahagian V

Pendaftaran Klinik Perubatan Swasta dan Klinik Pergigian Swasta

Bahagian VI

Tanggungjawab Pemegang Lesen, Pemegang Perakuan Pendaftaran dan Orang yang Bertanggungjawab

Bahagian VII

Peruntukan Am Berhubungan Dengan Kelulusan, Lesen dan Pendaftaran

Bahagian VIII

Bahagian IX

Penutupan Kemudahan atau Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta

Bahagian X

Bank Darah

Bahagian XI

Perkhidmatan Transfusi Darah

Bahagian XII

Penilaian Kematian

Bahagian XIII

Kualiti Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan

Bahagian XIV

Lembaga Pengurusan dan Jawatankuasa Penasihat

Bahagian XV

Organisasi Jagaan yang Diuruskan

Bahagian XVI

Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Kuasa Menteri

Bahagian XVIII

Pelbagai

Bahagian XIX

Peruntukan Kecualian dan Peralihan