Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2015Read it in English
Contents

Bahagian V · Pendaftaran Klinik Perubatan Swasta dan Klinik Pergigian Swasta

30. Pendaftaran berasingan

Pendaftaran berasingan adalah dikehendaki bagi—

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 586

(a)

klinik perubatan swasta dan klinik pergigian swasta yang dihubungkan antara satu sama lain secara fizikal, pentadbiran atau organisasi;

(b)

klinik perubatan swasta yang tidak dihubungkan secara fizikal, pentadbiran dan organisasi dengan suatu kemudahan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar lain;

(c)

klinik pergigian swasta yang tidak dihubungkan secara fizikal, pentadbiran dan organisasi dengan suatu kemudahan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar lain;

(d)

klinik perubatan swasta yang tidak dihubungkan secara fizikal tetapi dihubungkan secara organisasi atau pentadbiran dengan suatu klinik perubatan swasta berdaftar atau dengan suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan berlesen;

(e)

klinik pergigian swasta yang tidak dihubungkan secara fizikal tetapi dihubungkan secara organisasi atau pentadbiran dengan suatu klinik pergigian berdaftar atau dengan suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan berlesen;

(f)

klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta yang di bawah seseorang pengamal perubatan atau pergigian perseorangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berkongsi tenaga manusia, kemudahan atau perkhidmatan, dalam premis yang sama tetapi yang tidak dihubungkan secara pentadbiran atau organisasi antara satu sama lain;

dan

(g)

apa-apa bentuk organisasi atau pentadbiran lain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 37

Report

Bahagian VI

Tanggungjawab Pemegang Lesen, Pemegang Perakuan Pendaftaran dan Orang yang Bertanggungjawab

Bahagian VII

Peruntukan Am Berhubungan Dengan Kelulusan, Lesen dan Pendaftaran

Bahagian VIII

Bahagian IX

Penutupan Kemudahan atau Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta

Bahagian X

Bank Darah

Bahagian XI

Perkhidmatan Transfusi Darah

Bahagian XII

Penilaian Kematian

Bahagian XIII

Kualiti Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan

Bahagian XIV

Lembaga Pengurusan dan Jawatankuasa Penasihat

Bahagian XV

Organisasi Jagaan yang Diuruskan

Bahagian XVI

Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Kuasa Menteri

Bahagian XVIII

Pelbagai

Bahagian XIX

Peruntukan Kecualian dan Peralihan