Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian VII · Peruntukan Am Berhubungan Dengan Kelulusan, Lesen dan Pendaftaran
40. Larangan terhadap peluasan dan pengubahan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada seorang pun boleh membuat apa-apa peluasan atau pengubahan struktur atau fungsian kepada mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau mana-mana bahagiannya yang menjejaskan—
maksud yang baginya kemudahan jagaan kesihatan swasta berlesen itu ditubuhkan, disenggarakan, dikendalikan atau disediakan;
mana-mana terma atau syarat kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan atau lesen untuk mengendalikan atau menyediakan; atau
standard kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan, melainkan jika kelulusan bertulis Ketua Pengarah diperoleh terlebih dahulu.
Sesuatu permohonan bagi peluasan atau pengubahan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.
Jika Ketua Pengarah berpendapat bahawa suatu permohonan di bawah subseksyen (2) adalah berhubungan dengan cadangan bagi peluasan atau pengubahan—
yang tidak berhubungan dengan atau yang tidak menjejaskan penjagaan dan keselamatan pesakit; atau
yang kecil pada dasarnya,
Ketua Pengarah boleh mengetepikan fi yang kena dibayar, atau membayar balik fi yang telah dibayar, di bawah subseksyen (2) yang berhubungan dengan suatu permohonan bagi kelulusan peluasan atau pengubahan.
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 586
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.
Bahagian VIII
Bahagian IX
Penutupan Kemudahan atau Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
Bahagian X
Bank Darah
Bahagian XI
Perkhidmatan Transfusi Darah
Bahagian XII
Penilaian Kematian
Bahagian XIII
Kualiti Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
Bahagian XIV
Lembaga Pengurusan dan Jawatankuasa Penasihat
Bahagian XV
Organisasi Jagaan yang Diuruskan
Bahagian XVI
Penguatkuasaan
Bahagian XVII
Kuasa Menteri
Bahagian XVIII
Pelbagai
Bahagian XIX