Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian VIII
49. Kuasa Ketua Pengarah untuk menggantung, membatalkan atau enggan membaharui
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Selepas habis tempoh masa yang ditentukan dalam notis bagi membuat representasi dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah seksyen 48, Ketua Pengarah boleh—
menggantung kelulusan, lesen atau pendaftaran selama apa-apa tempoh yang boleh ditentukannya dan tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat yang boleh dikenakannya;
membatalkan kelulusan, lesen atau pendaftaran, mengikut mana-mana yang berkenaan;
enggan membaharui lesen; atau
mengeluarkan amaran dan memberikan arahan kepada pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran supaya membetulkan keadaan sehingga Ketua Pengarah berpuas hati.
Mana-mana pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yang terkilan dengan perintah Ketua
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 586
Pengarah di bawah subseksyen (1) boleh merayu kepada Menteri dalam masa tiga puluh hari dari penyampaian perintah itu kepadanya dan keputusan Menteri untuk mengesahkan, mengubah atau membatalkan perintah Ketua Pengarah adalah muktamad dan konklusif.
Bahagian IX
Penutupan Kemudahan atau Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
Bahagian X
Bank Darah
Bahagian XI
Perkhidmatan Transfusi Darah
Bahagian XII
Penilaian Kematian
Bahagian XIII
Kualiti Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
Bahagian XIV
Lembaga Pengurusan dan Jawatankuasa Penasihat
Bahagian XV
Organisasi Jagaan yang Diuruskan
Bahagian XVI
Penguatkuasaan
Bahagian XVII
Kuasa Menteri
Bahagian XVIII
Pelbagai
Bahagian XIX