Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian II · Kawalan ke Atas Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
5. Kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta tidak berlesen atau tidak berdaftar
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang yang melanggar seksyen 3 atau 4 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
dalam hal seseorang orang individu—
didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; dan
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; dan
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Jika suatu kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4 dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu;
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 21
dalam hal suatu perkongsian, setiap pekongsi dalam perkongsian itu;
dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya, juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh—
didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya; dan
dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Bahagian III
Bahagian IV
Lesen untuk Mengendalikan atau Menyediakan
Bahagian V
Pendaftaran Klinik Perubatan Swasta dan Klinik Pergigian Swasta
Bahagian VI
Tanggungjawab Pemegang Lesen, Pemegang Perakuan Pendaftaran dan Orang yang Bertanggungjawab
Bahagian VII
Peruntukan Am Berhubungan Dengan Kelulusan, Lesen dan Pendaftaran
Bahagian VIII
Bahagian IX
Penutupan Kemudahan atau Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
Bahagian X
Bank Darah
Bahagian XI
Perkhidmatan Transfusi Darah
Bahagian XII
Penilaian Kematian
Bahagian XIII
Kualiti Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
Bahagian XIV
Lembaga Pengurusan dan Jawatankuasa Penasihat
Bahagian XV
Organisasi Jagaan yang Diuruskan
Bahagian XVI
Penguatkuasaan
Bahagian XVII
Kuasa Menteri
Bahagian XVIII
Pelbagai
Bahagian XIX