Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian IX · Penutupan Kemudahan atau Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
53. Syarat bagi penutupan, penjualan atau pelupusan selainnya kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika pemegang lesen suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta, atau pemegang perakuan pendaftaran, berniat untuk menutup, memindahkan hakmilik, menjual atau selainnya melupuskan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu, dia hendaklah memberikan notis secara bertulis kepada Ketua Pengarah tidak kurang daripada tiga puluh hari tentang niatnya itu.
Pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yang lesen atau pendaftarannya telah dibatalkan atau digantung; mengikut mana-mana yang berkenaan, atau yang pembaharuan lesennya telah ditolak, hendaklah memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis tentang niatnya untuk menutup, memindahkan hakmilik, menjual
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 53
atau selainnya melupuskan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan.
Pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Ketua
Pengarah tentang penginapan dan penjagaan pesakit, dan penjagaan rekod perubatan di kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar itu sebelum menutup, memindahkan hakmilik, menjual atau selainnya melupuskan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar itu.
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran hendaklah menyerahkan lesen atau perakuan pendaftaran itu sebaik saja lesen itu digantung, dibatalkan atau enggan dibaharui atau perakuan pendaftaran itu digantung atau dibatalkan atau pengendalian premis itu tidak diteruskan atau ditutup.
Bahagian X
Bank Darah
Bahagian XI
Perkhidmatan Transfusi Darah
Bahagian XII
Penilaian Kematian
Bahagian XIII
Kualiti Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
Bahagian XIV
Lembaga Pengurusan dan Jawatankuasa Penasihat
Bahagian XV
Organisasi Jagaan yang Diuruskan
Bahagian XVI
Penguatkuasaan
Bahagian XVII
Kuasa Menteri
Bahagian XVIII
Pelbagai
Bahagian XIX