Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian X · Bank Darah
57. Pengeluaran perakuan untuk mengimport dan mengeksport darah asli manusia dan hasil darah
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Ketua Pengarah boleh, atas permohonan yang dibuat dalam borang yang ditetapkan dan apabila dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatu perakuan yang membenarkan mana-mana orang, tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan yang dikenakan—
untuk mengimport atau mengeksport hasil darah bagi maksud transfusi;
untuk mengimport atau mengeksport darah asli manusia bagi maksud transfusi.
Sesuatu perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)
boleh pada bila-bila masa dibatalkan melalui notis bertulis.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 55
Apabila menerima notis di bawah subseksyen (2) daripada
Ketua Pengarah, orang yang kepadanya perakuan di bawah subseksyen (1) dikeluarkan, boleh mengemukakan representasi kepada Ketua Pengarah dalam masa yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah dalam notis itu.
Selepas habis tempoh masa yang ditentukan dalam notis itu untuk membuat representasi dan setelah menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen (3) Ketua Pengarah boleh—
membatalkan perakuan itu;
mengeluarkan amaran dan memberikan arahan kepada pemegang perakuan itu supaya mengambil apa-apa tindakan sehingga Ketua Pengarah berpuas hati; atau
tidak mengambil apa-apa tindakan lanjut.
Bahagian XI
Perkhidmatan Transfusi Darah
Bahagian XII
Penilaian Kematian
Bahagian XIII
Kualiti Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
Bahagian XIV
Lembaga Pengurusan dan Jawatankuasa Penasihat
Bahagian XV
Organisasi Jagaan yang Diuruskan
Bahagian XVI
Penguatkuasaan
Bahagian XVII
Kuasa Menteri
Bahagian XVIII
Pelbagai
Bahagian XIX