Skip to content

Seksyen 62

Tindak balas transfusi

of Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998

ActIn forceProvision 62 of 122
Seksyen 62

Orang yang bertanggungjawab bagi atau pemegang lesen tiap-tiap hospital swasta, rumah bersalin swasta dan pusat jagaan pembedahan ambulatori swasta, dan mana-mana kemudahan jagaan kesihatan swasta lain yang memberikan perkhidmatan kecemasan dengan kerap atau secara tetap atau perkhidmatan pembedahan, hendaklah menyiasat semua tindak balas transfusi yang berlaku dalam premisnya.