Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian XIII · Kualiti Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
75. Kuasa Ketua Pengarah untuk memberikan arahan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika Ketua Pengarah berpendapat bahawa apa-apa kehendak yang ditetapkan atau apa-apa piawaian yang ditetapkan yang terpakai bagi sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta tidak dipatuhi oleh kemudahan atau perkhidmatan itu, Ketua
Pengarah boleh memberi pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran berkenaan dengan kemudahan atau perkhidmatan itu apa-apa arahan bertulis sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi pematuhan kehendak atau piawaian itu dan hendaklah menyatakan dalam arahan itu tempoh pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran dikehendaki mematuhi arahan itu.
Jika pada pendapat Ketua Pengarah kegunaan apa-apa perkakas, perlengkapan, kelengkapan, alat, bahan atau apa-apa kegiatan di sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau cara apa-apa darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, bahan atau sampel yang digunakan, dikumpul, ditangani, distor atau diangkut, atau apa-apa kegiatan lain yang dijalankan adalah memudaratkan kesihatan dan keselamatan mana-mana orang di dalamnya atau selainnya tidak sesuai bagi maksud ia digunakan, Ketua Pengarah boleh, dengan
66 Undang-Undang Malaysia AKTA 586
notis, mengarahkan pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran, berkenaan dengan kemudahan atau perkhidmatan itu supaya berhenti menggunakan perkakas, perlengkapan, kelengkapan, alat atau bahan itu atau menghentikan kegiatan itu.
Ketua
Pengarah boleh, dengan notis, selanjutnya mengarahkan pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran itu supaya memasang atau mengganti perkakas, perlengkapan, kelengkapan, alat, bahan atau apa-apa kegiatan di dalamnya, dan mematuhi tatacara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis.
Pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yang tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
dalam hal tuan punya tunggal—
didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat bulan atau kedua-duanya; dan
dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda sebanyak satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan;
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit; dan
dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda sebanyak lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 67
Jika suatu kesalahan di bawah seksyen ini dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu;
dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu;
dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya, juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh—
didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat bulan atau kedua-duanya; dan
dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda sebanyak satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Kuasa Ketua Pengarah untuk mengeluarkan arahan, perintah atau garis panduan yang berhubungan dengan jaminan kualiti
Bahagian XIV
Lembaga Pengurusan dan Jawatankuasa Penasihat
Bahagian XV
Organisasi Jagaan yang Diuruskan
Bahagian XVI
Penguatkuasaan
Bahagian XVII
Kuasa Menteri
Bahagian XVIII
Pelbagai
Bahagian XIX