Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian XIV · Lembaga Pengurusan dan Jawatankuasa Penasihat
78. Jawatankuasa Penasihat Perubatan atau Pergigian
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pemegang lesen sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta hendaklah memastikan bahawa—
pengurusan perubatan dan pergigian pesakit terletak hak masing-masingnya pada pengamal perubatan berdaftar dan pengamal pergigian berdaftar;
jika kemudahan atau perkhidmatan itu ialah suatu hospital swasta, pusat jagaan ambulatori swasta, hospis swasta atau hospital psikiatri swasta, maka hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa Penasihat Perubatan yang anggotanya
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 69
hendaklah pengamal perubatan berdaftar yang mewakili semua pengamal perubatan yang sedang menjalankan amalan di kemudahan atau perkhidmatan itu untuk menasihati Lembaga Pengurusan, pemegang lesen dan orang yang bertanggunjawab tentang semua aspek yang berhubungan dengan amalan perubatan;
jika kemudahan atau perkhidmatan itu ialah suatu hospital swasta, pusat jagaan ambulatori swasta, hospis swasta, hospital psikiatri swasta atau mana-mana premis jagaan kesihatan swasta lain yang ditentukan oleh Menteri, menyediakan atau bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan perubatan dan pergigian kedua-duanya, pemegang lesen hendaklah menubuhkan suatu
Jawatankuasa Penasihat Perubatan dan Pergigian yang anggotanya hendaklah pengamal perubatan berdaftar dan pengamal pergigian berdaftar yang mewakili semua pengamal perubatan dan pergigian yang sedang menjalankan amalan di hospital swasta, pusat jagaan ambulatori swasta, hospis swasta dan hospital psikiatri swasta itu untuk menasihati Lembaga Pengurusan, pemegang lesen dan orang yang bertanggungjawab tentang semua aspek yang masing-masingnya berhubungan dengan amalan perubatan dan pergigian.
Bahagian XV
Organisasi Jagaan yang Diuruskan
Bahagian XVI
Penguatkuasaan
Bahagian XVII
Kuasa Menteri
Bahagian XVIII
Pelbagai
Bahagian XIX