Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian XV · Organisasi Jagaan yang Diuruskan
Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian XV · Organisasi Jagaan yang Diuruskan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Sesuatu organisasi jagaan yang diuruskan atau tuan punya sesuatu organisasi jagaan yang diuruskan yang mempunyai kontrak atau perkiraan dengan pemegang lesen suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau pemegang perakuan pendaftaran hendaklah memberikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan organisasi itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 75
Sesuatu organisasi jagaan yang diuruskan atau tuan punya sesuatu organisasi jagaan yang diuruskan yang tidak memberikan maklumat di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
dalam hal tuan punya tunggal, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit; atau
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit.
Jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (2) dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab;
dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu;
dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya, juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Bahagian XVI
Bahagian XVII
Bahagian XVIII
Bahagian XIX