Seksyen 10
Kesahan permit kerja
ActIn forceProvision 10 of 20
Seksyen 10
(1)
Tertakluk kepada subseksyen 7(2) dan (3), suatu permit kerja yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini adalah sah, melainkan jika dinyatakan selainnya, hanya berkenaan dengan pekerjaan tertentu dan majikan yang dinyatakan dalamnya.
(2)
Sesuatu permit kerja hendaklah sah bagi suatu tempoh tidak melebihi dua tahun melainkan jika terlebih dahulu dibatalkan atau digantung.