Employment (Restriction) Act 1968 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian II · Sekatan Pengambilan Kerja bagi Bukan Warganegara Malaysia
5. Sekatan pengambilan kerja bukan warganegara
Feedback & supportTiada bukan warganegara yang disebut dalam Jadual boleh diambil bekerja dalam mana-mana perniagaan di Malaysia atau menerima pekerjaan dalam mana-mana perniagaan di Malaysia melainkan jika telah dikeluarkan berkenaan dengan bukan warganegara itu suatu permit kerja yang sah.
Tiada seorang pun boleh mengambil bekerja di Malaysia mana-mana bukan warganegara yang disebut dalam Jadual melainkan jika telah dikeluarkan berkenaan dengan bukan warganegara itu suatu permit kerja yang sah.
Subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain atau mana-mana terma atau syarat mana-mana kontrak atau perjanjian.
Bagi maksud seksyen ini, mana-mana orang yang didapati menjalankan apa-apa perbuatan yang pada kebiasaannya dijalankan oleh seseorang pekerja di mana-mana tempat kerja hendaklah disifatkan sebagai telah diambil bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan oleh majikan tempat kerja itu.