Seksyen 6
Permohonan permit kerja dan pembaharuan permit kerja
Tiap-tiap bukan warganegara yang disebut dalam Jadual hendaklah sebelum memulakan apa-apa pekerjaan atau perniagaan yang diperihalkan dalam Jadual itu memohon suatu permit kerja kepada Ketua Pengarah dan permohonan itu hendaklah mengikut apa-apa borang dan hendaklah mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang ditetapkan.
(2)
Sesuatu permit kerja boleh dibaharui apabila habis tempoh sahnya.
(3)
Mana-mana orang yang berhasrat untuk membaharui sesuatu permit kerja hendaklah membuat permohonan kepada Ketua
Pengarah atau mana-mana orang yang diberi kuasa mengikut apa-apa borang sebagaimana yang ditetapkan.
8
Undang-Undang Malaysia
Akta 796