Skip to content

Seksyen 7

Pengeluaran dan pembaharuan permit kerja

of Akta Kerja (Sekatan) 1968

ActIn forceProvision 7 of 20
Seksyen 7
(1)

Apabila diterima suatu permohonan bagi permit kerja atau permohonan bagi membaharui suatu permit kerja di bawah seksyen 6, Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang diberi kuasa boleh mengikut budi bicaranya mengeluarkan suatu permit kerja mengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan atau membaharui permit kerja itu dan boleh mengenakan apa-apa terma, syarat dan sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2)

Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa mengubah atau menambah apa-apa terma, syarat atau sekatan dalam sesuatu permit kerja.

(3)

Ketua Pengarah boleh mengikut budi bicaranya pada bila-bila masa dan tanpa memberikan apa-apa sebab tidak mengeluarkan atau membaharui sesuatu permit kerja atau membatalkan atau menggantung sesuatu permit kerja.

(4)

Mana-mana orang yang terkilan dengan sesuatu keputusan

Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1), (2) atau (3) boleh, dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh keputusan itu, merayu kepada

Menteri dan keputusan Menteri itu adalah muktamad dan tidak boleh dirayu atau dikaji semula dalam mana-mana mahkamah.