Akta Keselamatan Siber 2024 · Updated to 26 Jun 2024 · Bahagian VI · Pemberi Perkhidmatan Keselamatan Siber
32. Kewajipan untuk menyimpan dan menyenggara rekod
Feedback & supportPemegang lesen hendaklah, bagi setiap kali pemegang lesen itu diambil khidmat untuk memberikan perkhidmatan keselamatan siber, menyimpan dan menyenggara rekod yang berikut:
nama dan alamat orang yang mengambil khidmat pemegang lesen bagi perkhidmatan keselamatan siber;
Keselamatan Siber 33
nama orang yang memberikan perkhidmatan keselamatan siber bagi pihak pemegang lesen itu, jika ada;
tarikh dan masa perkhidmatan keselamatan siber yang telah diberikan oleh pemegang lesen atau oleh orang lain bagi pihak pemegang lesen;
butiran mengenai jenis perkhidmatan keselamatan siber yang diberikan; dan
apa-apa butir lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Eksekutif.
Maklumat yang dirujuk dalam subseksyen (1) hendaklah—
disimpan dan disenggara mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif;
dipegang simpan bagi suatu tempoh tidak kurang dari enam tahun dari tarikh perkhidmatan keselamatan siber diberikan; dan
dikemukakan kepada Ketua Eksekutif pada bila-bila masa sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Eksekutif.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.