Skip to content

Seksyen 34

Pemindahmilikan atau penyerahhakan lesen

of Akta Keselamatan Siber 2024

ActIn forceProvision 34 of 64
Seksyen 34
(1)

Suatu lesen tidak boleh dipindahmilikkan atau diserahhakkan kepada mana-mana orang lain.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), suatu lesen boleh dipindahmilikkan kepada mana-mana orang lain dengan kelulusan

Ketua Eksekutif—

(a)

jika suatu permohonan secara bertulis dibuat kepada

Ketua Eksekutif oleh pemegang lesen; dan

(b)

jika Ketua Eksekutif berpuas hati bahawa orang yang kepadanya lesen itu hendak dipindahmilikkan mempunyai sumber kewangan dan teknikal yang perlu untuk mematuhi syarat lesen itu.

Keselamatan Siber 35