Seksyen 29
Permohonan bagi lesen
of Akta Keselamatan Siber 2024
Permohonan bagi suatu lesen untuk memberikan perkhidmatan keselamatan siber hendaklah dibuat kepada
Ketua Eksekutif mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
(2)
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan pembayaran fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Eksekutif.
(3)
Selepas mempertimbangkan permohonan itu, Ketua Eksekutif boleh—
(a)
meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan kepada pemohon selepas dibayar fi yang ditetapkan suatu lesen dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Eksekutif; atau
(b)
menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.
(4)
Suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini adalah sah bagi suatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen itu.
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 854