Seksyen 30
Pembaharuan lesen
of Akta Keselamatan Siber 2024
ActIn forceProvision 30 of 64
Seksyen 30
(1)
Pemegang lesen boleh memohon untuk membaharui lesennya yang dikeluarkan di bawah seksyen 29 sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum tarikh luput lesen itu mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
(2)
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan pembayaran fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Eksekutif.
(3)
Selepas mempertimbangkan permohonan itu, Ketua Eksekutif boleh—
(a)
meluluskan permohonan itu dan membaharui lesen itu apabila fi yang ditetapkan dibayar; atau
(b)
menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.