Skip to content

Seksyen 31

Syarat lesen

of Akta Keselamatan Siber 2024

ActIn forceProvision 31 of 64
Seksyen 31
(1)

Suatu lesen untuk memberikan perkhidmatan keselamatan siber boleh dikeluarkan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang Ketua Eksekutif fikirkan patut dikenakan.

(2)

Ketua Eksekutif boleh pada bila-bila masa mengubah atau membatalkan syarat yang dikenakan ke atas suatu lesen di bawah subseksyen (1).

(3)

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana syarat lesen yang dikenakan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.