Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English

Bab II

47. Section 47

Feedback & support

Apabila mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang siapakah orang yang telah menulis atau menandatangani mana-mana dokumen, pendapat mana-mana orang yang kenal akan tulisan tangan orang yang dikatakan telah menulis atau menandatangani dokumen itu, bahawa dokumen itu telah atau tidak ditulis atau ditandatangani oleh orang itu, ialah suatu fakta berkaitan.

Huraian—Seseorang dikatakan kenal akan tulisan tangan seseorang lain apabila dia telah melihat orang itu menulis, atau apabila dia telah menerima dokumen yang berupa sebagai ditulis oleh orang itu bagi menjawab dokumen yang telah ditulis olehnya sendiri atau di bawah kuasanya dan dialamatkan kepada orang itu, atau apabila, dalam perjalanan biasa urusan, dokumen yang berupa sebagai ditulis oleh orang itu lazimnya dikemukakan kepadanya.

Soalnya adalah sama ada sesuatu surat tertentu adalah dalam tulisan tangan A, seorang saudagar di London.

B ialah seorang saudagar di Kuala Lumpur yang telah menulis surat yang dialamatkan kepada A dan telah menerima surat yang berupa sebagai ditulis olehnya. C ialah kerani B dan kewajipannya adalah memeriksa dan memfailkan surat-menyurat B. D ialah broker B yang kepadanya B lazim mengemukakan surat yang berupa sebagai ditulis oleh A bagi maksud menasihatinya berkenaan dengan surat itu.

Pendapat B, C dan D, atas soal sama ada surat itu dalam tulisan tangan

A adalah berkaitan, walaupun B, C dan D tidak pernah melihat A menulis.

Bila pendapat tentang kewujudan hak atau adat berkaitan

Report

Bahagian II

Pembuktian

Bab III

Bab IV

Bab V

Bab VI

Penyingkiran Keterangan Lisan Oleh

Bahagian III

Pengemukaan dan Kesan Keterangan

Bab VII

Beban Membuktikan

Bab VIII

Estopel

Bab IX

Bab X

Bab XI