Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 · Updated to 1 Nov 2021 · Bab 3 · Rejim Bagi Bahan Kimia Toksik Yang
33. Section 33
Feedback & support(1)
Mana-mana orang yang melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti yang dinyatakan dalam perenggan 31(1)(b) tidak boleh mengeksport atau mengimport bahan kimia toksik kepada mana-mana
Negara bukan Pihak kepada Konvensyen tanpa suatu perakuan pengguna akhir yang dikeluarkan dalam bentuk yang ditetapkan oleh
Pihak Berkuasa Kebangsaan.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.