Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 · Updated to 1 Nov 2021 · Bab 3 · Rejim Bagi Bahan Kimia Toksik Yang
34. Perubahan kepada sesuatu kemudahan
Feedback & support(1)
Mana-mana orang yang telah membuat perisytiharan di bawah seksyen 31 berhubung dengan sesuatu kemudahan hendaklah, jika terdapat apa-apa perubahan di kemudahan itu, mengemukakan maklumat berhubung dengan perubahan itu dan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditetapkan kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya