40. Mesyuarat agung khas
Feedback & supportLembaga suatu koperasi boleh, dan hendaklah apabila ada rekuisisi yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya satu perlima atau satu ratus orang anggota atau perwakilan koperasi itu, mengikut mana-mana yang kurang, memanggil mesyuarat agung khas.
Suruhanjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh
Suruhanjaya boleh memanggil, pada bila-bila masa, suatu mesyuarat agung khas sesuatu koperasi mengikut cara dan pada masa dan di tempat yang diarahkan oleh Suruhanjaya, dan boleh menentukan perkara yang hendak dibincangkan oleh mesyuarat itu; dan mesyuarat itu hendaklah mempunyai segala kuasa dan tertakluk kepada kaedah-kaedah yang sama seperti mesyuarat agung yang dipanggil mengikut Akta ini atau undang-undang kecil koperasi itu.
Notis mesyuarat untuk Suruhanjaya
Koperasi 35