39. Mesyuarat agung tahunan
Feedback & support(1)
Tiap-tiap koperasi hendaklah mengadakan mesyuarat agung tahunan anggota atau perwakilannya tidak lewat dari enam bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan atau tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya.
(2)
Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.