Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2018Read it in English

Bahagian VI · Pelesenan

45. Pindah milik lesen

Feedback & support
(1)

Sesuatu lesen tidak boleh dipindahmilikkan kepada mana-mana orang tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada

Lembaga.

(2)

Sesuatu lesen hanya boleh dipindahmilikkan kepada seseorang yang memenuhi kehendak subseksyen 40(5).

(3)

Tertakluk kepada subseksyen (2), Lembaga boleh meluluskan pindah milik sesuatu lesen di bawah hal keadaan yang berikut:

(a)

jika pemegang lesen itu menjadi tidak sempurna akal;

(b)

jika pemegang lesen itu telah dihukum sebagai bankrap;

(c)

jika pemegang lesen itu mati;

(d)

jika pemegang lesen itu suatu syarikat, syarikat itu sedang digulung;

(e)

jika pemegang lesen itu suatu perkongsian, perkongsian itu dibubarkan; atau

(f)

jika Lembaga menyifatkannya patut atau suai manfaat untuk berbuat sedemikian.

(4)

Seseorang pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 41

Report

Bahagian VII

Bahagian VIII

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules